Kem Imam Muda Daerah Maran
Seramai 10 orang pelajar SMAM telah menyertai rombongan 60 orang pelajar dari daerah Maran ke Kem Imamm Muda Daerah Maran yang diadakan di Kem Bentong. Program ini bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menjadi Imam Muda. Tahniah dan selamat berjaya kepada semua pelajar.
Majlis Penyampaian Keputusan SPM 2016
Alhamdulillah. Akhirnya keputuisan SPM 2016 telah selamat diumumkan di SMA Maran bermula dari pukul 10.30 pagi hari Khamis bersamaan 16 Mac 2016. Keputusan SPM tahun 2016 telah menunjukkan peningkatan yang baik dari segi GPS iaitu 4.50. Ini merupakan tempat keempat terbaik di daerah Maran. Tempat pertama ialah SMK Jengka Pusat, kedua SMK Seri Jengka dan ketiga SMA Chenor. Pelajar terbaik SMAM merangkul 8A iaitu saudari Siti Khadijah. 7A dua orang iaitu Nur Hasanah dan Tg Dzinnirah....
Sumbangan Pertubuhan Kebajikan Polis bahagian Maran dan Bera
Alhamdulillah. Pada hari Khamis bersamaan 16 Mac 2017, Pertubuhan Kebajikan Polis Bahagian Maran dan Bera telah sudi untuk menyampaikan sumbangan kepada tabung kebakaran SMA Maran. Diucapkan terimakasih di atas sumbangan yang diberikan.
Kajian Geologi Kesesuaian Pembinaan Asrama Puteri SMAM
Satu kajian struktur tanah untuk melihat kesesuaian tapak untuk membina asrama puteri SMAM yang baru telah dijalankan oleh Ahli Geologi Kuantan pada hari Rabu bersamaan 15 Mac 2017. Kajian ini adalah penting untuk menentukan keselamatan struktur tapak sebelum pembinaan dimulakan. Terimakasih diucapkan kepada Jabatan Geologi Pahang.

