
Selamat Kembali Ke SMAM
Selamat kembali semula ke SMAM selepas bercuti selama 10 hari sempena cuti pertengahan semester 2 dan Hari Raya Aidiladha yang bermula pada hari Jumaat 25 Ogos hingga Isnin 4 September 2017. Diharapkan semua warga SMAM berada dalam keadaan sihat, ceria dan penuh bersemangat untuk meneruskan lagi agenda pembelajaran kita. Kita juga semakin hampir dengan 3 peperiksaan awam yang akan menjelma tidak lama lagi. Semoga baki masa yang tinggal akan digunakan sebaik mungkin untuk mengulang kaji dan membuat persedian-persedian lain untuk menghadapi peperiksaan yang mendatang. InsyaALLAH.