Perkampungan Ilmu Fasa 1 SMAM
Alhamdulillah, program Perkampungan Ilmu Fasa1 SMAM telah selamat bermula pada pukul 8.00 malam Jumaat bersamaan 24 Mac 2017. Program ini akan menyaksikan pelajar-pelajar PT3, SMA dan SPM akan berkampung selama 3 hari di SMAM untuk kelas-kelas tambahan terancang. Pelajar-pelajar tingkatan 3,4 dan 5 telah pulang awal dari cuti mereka untuk menyertai program ini. Semoga program ini akan menghasilkan kecemerlangan dalam peperiksaan awam 2017. InsyaALLAH.
Sumbangan Tabung Bencana Kebakaran
Alhamdulillah, pada hari ini Jumaat bersamaan 24 Mac 2017, Koperasi Perkhidmatan Pendidikan Melayu Pahang Timur Berhad telah sudi menyampaikan cek sumbangan kepada tabung bencana kebakaran SMAM bernilai RM5000.00. Sumbangan telah diterima oleh Tuan Pengetua SMAM Ustaz Shamsuri B Shamsudin dan disaksikan oleh wakil koperasi dan GPK1 SMAM Ustaz Shamsudin B Ali. Terimakasih.
MASISUPA peringkat negeri di Al-Kuliyyah
Pertandingan peringkat negeri majlis sukan dan ilmiah sekolah-sekolah agama Pahang telah berlangsung pada 17 Mac 2017 dan akan berakhir pada 20 Mac 2017. Sebanyak 4 zon akan bertanding di peringkat ini. zon-zon ini diwakili oleh peserta dari 18 buah sekolah menengah agama negeri (SMAN) dan 4 buah sekolah agama rakyat (SAR). Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Agama Maran turut sama menyertai kontingen zon 2. Selamat bersukan dan majulah sukan untuk negara.
Majlis Pemuafakatan Ibubapa SMA Maran 2016
Pada hari Jumaat bersamaaan 17 Mac 2017, satu majlis pemuafakatan ibubapa dan guru telah dilaksanankan di dewan Tun Abd Razak, SMAM. Majlis ini bertujuan untuk mencari kata sepakat dalam membina semula asrama yang terbakar dan usaha-usaha yang perlu diambil untuk memajukan lagi SMAM dari semua segi. Majlis bermula seawal 8.30 pagi selepas perhimpunan pagi Jumaat. Majlis akhirnya di tutup rasmi oleh ADUN Luit iaitu YB Hidayah B Hj Shahimi.

