Majlis Restu Ilmu SPM 2017
Alhamdulillah, majlis restu ilmu untuk calon-calon SPM telah berjaya dilaksanakan pada hari Jumaat 3 November 2017 di Makmal Komputer SMAM. Majlis bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 10.00 pagi. Diharapkan dan didoakan kejayaan kepada semua calon-calon SPM yang akan menghadapi peperiksaan bermula dari Isnin ini (6 November 2017) dan akan berakhir pada 28 November 2017. Semoga cemerlang SPM 2017.
SMA Sudah Berakhir
Peperiksaan SMA 2017 telah tamat pada hari Jumaat 3 November 2017. Diharapkan semua pelajar akan cemerlang dalam peperiksaan tersebut. Selepas ini, pelajar-pelajar ini akan menghadapi pula peperiksaan akhir tahun akademik yang akan bermula pada 13 November 2017. Didoakan agar kejayaan mengiringi mereka. aameeen.
Peperiksaan Akhir Tahun 2017
Alhamdulillah...peperiksaan akhir tahun 2017 telah bermula pada hari Isnin 30 Oktober dan akan berakhir pada 17 November 2017. Diharapkan semua pelajar dapat menjawab dengan baik dan mendapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan ini. Selamat menghadapi peperiksaan.
Musim Peperiksaan Awam
Musim peperiksaan awam telah bermula dengan peperiksaan PT3 yang telah bermula pada 9 Oktober 2017 dan berakhir pada 12 Oktober 2017. Seterusnya disambung pula pada 13 Oktober oleh peperiksaan Sijil Menengah Agama dan akan berakhir pada 3 November 2017. Selepas itu SPM akan bermula pada 6 November 2017 dan akan berakhir pada 28 November 2017. Warga SMAM mengucapkan selamat berjaya kepada semua calon yang telah,sedang dan akan menghadapi peperiksaan awam ini. Tak lupa juga...

