Latihan Berpusat MASISUPA Zon 2 (petang dan malam 10 Mac 2018)
Latihan Berpusat di Al-Ihsan 10 Mac 2018 diteruskan sehingga malam. Pada waktu malam dapat disaksikan perlawanan persahabatan bola tampar antara Team Zon 2 menentang Beliawanis Kuantan di Dewan Sekolah Al-Ihsan. Semoga sesi latihan ini akan memantapkan lagi pasukan Zon 2 dan diucapkan terimakasih kepada Beliawanis Kuantan yang sudi membantu Zon 2 dalam sesi latihan mereka.
Apa Beza STPM, Asasi, Diploma Dan Matrikulasi?
Keputusan SPM 2017 bakal diumumkan tidak lama lagi. Dalam beberapa hari ini, semua pelajar lepasan SPM yang berjaya sedang berkira-kira dan memikirkan hala tuju seterusnya dalam meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Ikuti serba sedikit maklumat yang berkaitan pemilihan pusat pengajian tinggi yang ditawarkan di Malaysia.
Tingkatan 6
Lepasan SPM yang layak dan cukup syarat ke Tingkatan 6 (lulus SPM dengan mendapat kepujian sekurang-kurangnya dalam Bahasa Melayu dan memenuhi syarat...
Latihan Berpusat MASISUPA Zon 2 (petang 10 Mac 2018)
Sebelah petang 10 Mac 2018 banyak tertumpu kepada latihan acara-acara ilmiah. Latihan yang dibuat adalah untuk memantapkan lagi persediaan sedia ada demi memastikan kemenangan di peringkat pusat di Padang Tengku nanti.
Peluang Menjadi Guru untuk Pelajar Lepasan SPM 2017
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka permohonan untuk menjadi guru di bawah program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Institut Pendidikan Guru. Permohonan dibuka dari 13 Mac 2018 - 28 Mac 2018. Maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang: http://www.moe.gov.my.

