Pembelajaran Luar Kelas
Pembelajaran luar kelas yang dipraktikkan guru-guru mampu menjadikan suasana pembelajaran lebih menarik, ceria dan menghilangkan kebosanan pembelajaran yang biasanya diadakan dildalam kelas. Ini boleh membantu pelajar untuk lebih berminat kepada subjek atau topik yang dibincangkan. Pembelajaran yang lebih melibatkan pelajar untuk membina sesuatu konsep dalam kumpulan berdasarkan pengetahuan sedia ada yang bersifat konstruktif mampu meningkatkan ingatan dan kefahaman kepada konsep yang sedang dikaji.