Bengkel Dan Seminar Kecemerlangan Fasa I
Alhamdulillah, bengkel dan seminar kecemerlangan PT3, SMA dan SPM telah berjaya diadakan di SMAM dari hari Jumaat 27 April 2018 hingga 30 April 2018. Seminar PT3 diadakan di Dewan Tun Abd Razak SMAM, SMA di bilik Komputer dan SPM di Bilik Tayangan SMAM. Semoga program ini dapat membangkitkan semangat pelajar-pelajar untuk persediaan peperiksaan awam ini. InsyaALLAH.
Rohani Jumaat 27 April 2018
Sebagaimana biasa, pada setiap perhimpunan pagi Jumaat termasuklah perhimpunan pada 27 April ini, diadakan bacaan Al-Quran secara beramai-ramai di dewan Tun Abd Razak SMAM.
Forum Perdana
Program Forum Perdana yang menampilkan penceramah terkenal Ustaz Kazim Elias telah diadakan di Dewan Arena Tasik Maran pada malam 26 April 2018. Sepatutnya 40 orang pelajar-pelajar SMAM turut terlibat menghadiri majlis ini tetapi oleh kerana bas yang sepatutnya mengambil mereka tidak menjumpai SMA Maran, maka mereka tidak dapat menghadirinya. Ini mungkin satu petanda supaya disediakan tanda arah besar di tepi jalan utama untuk menunjukkan arah ke SMA Maran. Harapnya...
Kokurikulum 26 April 2018
Aktiviti Kokurikulum pada 26 April 2017 ialah aktiviti kelab dan persatuan. Aktiviti bermula dari pukul 3.30 petang hingga pukul 4.30 petang di pelbagai lokasi mengikut kelab dan persatuan yang telah ditetapkan.

