Hari Bahasa Arab Khamis 19 Julai 2018
Sepertimana hari Bahasa Inggeris, Hari bahasa Arab yang jatuh pada hari Khamis 19 Julai 2018 telah menyaksikan perhimpunan pagi Khamis dijalankan dalam bahasa Arab. Ini bertujuan untuk menggalakkan penggunaan bahasa Arab dikalangan pelajar-pelajar SMAM. InsyaALLAH.
Aktiviti Kokurikulum Rabu 18 Julai 2018
Sepertimana biasa, petang rabu dari pukul 3.30 petang hingga 4.30 petang, aktiviti kokurikulum telah diadakan di SMAM. Kali ini giliran kelab dan persatuan. pelbagai aktiviti telah dijalankan di SMAM. Tahniah.
English Day 18th July 2018
As a weekly routine, Wednesday 18th July 2018 assembly had been used as English Day to promote the use of English as a medium of conversation in SMAM. The assembly was conducted in English where prefects and teachers on duty were encouraged to use English. Hopefully, this routine will continue to be practiced in SMAM. InsyaALLAH>
Synergy Italent Pahang 2018 - Pencarian Bakat Baru Atlet OKU
Alhamdulillah pada hari Khamis 12 Julai 2018, telah diadakan satu program pencarian bakat baru atlet OKU pahang yang dinamakan sebagai Synergy Italent 2018 yang diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Pahang. SMA Maran telah menghantar seorang wakil untuk pemilihan ini iaitu saudara Aizat Bin Aziz dari kelas 5A. Beliau diiringi oleh guru pengiring iaitu Cikgu Norhidayatul Adillah Binti Mohd Kamal. Semoga beliau akan terpilih sebagai salah seorang wakil Pahang. InsyaALLAH.

