Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Papar Artikel

Program Local Agenda 21

    Seramai 9 orang pelajar dan seorang guru pengiring( ustaz Khairun Nas) dari SMAM telah terlibat dengan Program Local Agenda 21 yang berlangsung di Taman Tasik Maran pada hari Jumaat 2 November 2018. Program ini merupakan satu program untuk menimbulkan rasa sayang kepada alam sekitar. Antara aktiviti yang dilakukan ialah larian mengelilingi tasik Maran, Senamrobik, pelepasan ikan, menanam pokok, mudball dan cabutan bertuah. Tahniah kepada semua yang menyertai.

# foto boleh dilihat...

Tag: SMAM 2018

Papar Artikel

Jamuan Akhir Tahun Kelas 1A

     Satu jamuan akhir tahun untuk kelas 1A telah diadakan di kawasan lapang bersebelahan bengkel KHB dan ASPURA. Jamuan yang disertakan dengan permainan berbentuk sukaneka ini pada asalnya dirancang untuk diadakan di Dewan tun Abd Razak dan padang sekolah tetapi terpaksa dipindahkan ke kawasan lapang bersebelahan KHB kerana dewan dan padang sekolah telah ditempah untuk kegunaan Pejabat Daerah dan Tanah Maran untuk aktiviti mereka. Walaupun begitu, sambutan adalah amat meriah...

Tag: SMAM 2018

Papar Artikel

Perlawanan Persahabatan Bola Jaring PDTM vs SMAM kali ke 2

     Perlawanan persahabatan bola jaring antara PDTM dan SMAM telah diadakan untuk kali ke 2 pada petang Khamis 1 November 2018 bertempat di padang SMAM. Perlawanan sengit yang berlaku antara kedua-dua pasukan menunjukkan kemahiran bola jaring dikalangan pemain SMAM adalah boleh dibanggakan dan boleh dipertingkatkan lagi dengan latihan dan pendedahan perlawanan dengan pasukan-pasukan luar. Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasukan.

Tag: SMAM 2018

Papar Artikel

Hari Pertama Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4

    Peperiksaan akhir tahun bagi subjek umum tingkatan 4 telah bermula hari ini Khamis 1 November 2018. Peperiksaan dimulakan dengan subjek Bahasa Melayu. Semoga pelajar-pelajar dapat menjawab dengan baik semua subjek. InsyaALLAH.

# lihat dan muat turun lebih banyak foto di galeri - foto - Hari Pertama Peperiksaan Akhir Tahun Tg 4 2018

Tag: SMAM 2018