Perhimpunan Jumaat 9 November 2018
Perhimpunan Jumaat 9 November 2018 adalah mengikut rutin mingguan dengan diisi dengan program kerohanian iaitu bacaaan Al-Quran Secara beramai-ramai. Bacaan kali ini diketuai oleh Saudara Afiq Farek dan saudara Fahmi Ghulam. Semoga ianya akan memberikan kesan mendalam kepada hati-hati warga SMAM. InsyaALLAH.
Peperiksaan Akhir tahun Tingkatan 4 Bersambung Selepas Deepavali
Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 2018 telah disambung selepas cuti 5 hari sempena Deepavali pada Khamis 8 November 2018. Semoga semua pelajar dapat menjawab dengan baik. InsyaALLAH.
Program Wacana Kemerdekaan Peringkat Daerah Maran 2018
Satu program dinamakan sebagai Program Wacana Kemerdekaan Peringkat Daerah Maran telah diadakan di Dewan Tun Abd Razak SMAM pada Khamis 8 November 2018. Program adalah anjuran Jabatan Penerangan Daerah Maran dengan kerjasama oleh Kelab Malaysiaku SMAM. Program berlangsung dari pukul 9.00 pagi hingga 11.15 pagi. Program telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Pahang, Encik Salmun Bin Mustafa. Tahniah kepada semua yang terlibat dan ribuan terimakasih kepada...
Majlis Restu Ilmu SPM 2018
Selepas tamat perhimpunan Khamis 8 November 2018, Majlis Restu Ilmu SPM pula dijalankan bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 9.00 pagi. Majlis ini diadakan untuk meraikan pelajar-pelajar SMAM yang bakal menduduki peperiksaan SPM bermula dari 13 November ini. Majlis dipengerusikan oleh Cikgu Rizduan. Ucapan telah diberikan oleh wakil guru iaitu tuan Pengetua Ustaz Shamsuri Bin Shamsuddin dan juga oleh wakil pelajar Saudara Amirul Asyraaf. Selepas itu majlis penyampaian cenderahati...

