Taklimat Ringkas Kem Pengukuhan Bahasa Arab Tingkatan 1
Selepas perhimpunan pagi 8 November 2018, satu taklimat ringkas berkenaan kem pengukuhan Bahasa Arab tingkatan 1 telah diberikan oleh Personel In Charge (PIC) Ustaz Syarafi kepada semua pelajar tingkatan 1. Beliau menerangkan secara ringkas keperluan-keperluan yang diperlukan oleh peserta-peserta untuk kem ini. Semoga semuanya akan berjalan dengan baik. InsyaALLAH.
Perhimpunan Minggu Pertama Selepas Cuti Deepavali
Perhimpunan pertama minggu selepas cuti deepavali diadakan di tapak perhimpunan bersebelahan dewan Tun Abd Razak pada Khamis 8 November 2018. Majlis dipengerusikan oleh Saudara Amirruddin selaku pengawas bertugas. Ucapan diberikan oleh guru bertugas minggu sebelumnya iaitu Cikgu Wan Amran, guru bertugas minggu ini Ustaz Rahimi.
Guru bertugas minggu ini dari 8 - 9 November 2018 ialah
1. Ustaz Rahimi Bin Zainal Abidin
2. Cikgu Noraza Binti Ibrahim
Kepada...
Guru bertugas minggu ini dari 8 - 9 November 2018 ialah
1. Ustaz Rahimi Bin Zainal Abidin
2. Cikgu Noraza Binti Ibrahim
Kepada...
Kelas Tambahan Cuti Deepavali
Alhamdulillah pada cuti deepavali yang lalu kelas tambahan Matematik SPM telah dijalankan pada pagi petang Jumaat 2 November, pagi Sabtu 3 November dan terakihir pada petang 7 November 2018. Kelas tambahan dijalankan oleh guru Matematik SPM Cik Nurul Izzah Bt Awang Kechik. Tahniah diucapkan kepada guru dan pelajar-pelajar yang terlibat. Semoga mendapat A+ dalam matematik SPM yang akan menjelang. InsyaALLAH.
Takziah Kepada Mohd Hafizuddin Pelajar Tingkatan 5 SMAM 2018
Warga SMAM mengucapkan takziah kepada pelajar tingkatan 5 SMAM, saudara Hafizzuddin atas kehilangan ayahanda tercinta hari ini. Ayah beliau telah menghembuskan nafas terakhir pada awal pagi tadi dan telah selamat dikebumikan pada jam 11.50 pagi tadi. Semoga rohnya sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang ALLAH dan diberikan pengampunan olehNYA dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Kami mengharapkan mohd Hafizuddin tabah dan bersabar atas kehilangan besar ini...

