Pelajar Balik Kampung Untuk Cuti Hujung Minggu
Pelajar-pelajar asrama SMAM dibenarkan untuk balik ke kampung pada hari ini Jumaat 26 Oktober 2018 untuk cuti hujung minggu selama 2 hari selepas 3 minggu tidak dibenarkan pulang ke kampung kerana pelbagai peperiksaan yang dijalnkan. Selamat bercuti dan jaga keselamatan dan kesihatan diri semua bersama keluarga tercinta. Jumpa lagi pada hari Isnin 29 Oktober 2018 dan bagi pelajar asrama, Ahad 28 Oktober 2018 sebelum pukul 6.00 petang. InsyaALLAH.
Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 1,2,3 akan bersambung lagi minggu depan
Peperiksaan Akhir Tahun untuk Tingkatan 1, 2 dan 3 akan bersambung semula minggu depan hari Isnin 29 Oktober 2018. Selepas itu akan dilaksanakan pula program selepas peperiksaan untuk semua pelajar yang tidak lagi terlibat dengan peperiksaan. Bagi tingkatan 4 pula, peperiksaan akademik akan menyusul pada 1 November 2018. InsyaALLAH.
Peperiksaan SMA 2018 telah berakhir
Alhamdulillah, pelajar-pelajar SMAM khasnya dan SMAN amnya telah berjaya mengharungi peperiksaan SMA yang berlangsung selama 2 minggu yang akhirnya tamat pada hari ini Jumaat 26 Oktober 2018. Diharapkan semua pelajar akan berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SMA ini dan mendapta Mumtaz seperti yang di cita-citakan. Selepas ini mereka akan berhadapan pula dengan peperiksaan akhir tahun tingkatan 4 yang akan bermula pada 1 November 2018. Semoga semuanya akan berjaya....
Peperiksaan Akhir Tahun dan SMA 25 Oktober 2018
Peperiksaan akhir tahun bagi tingkatan 1, 2 dan 3 serta Sijil Menengah Agama (SMA) 2018 diteruskan lagi selepas bercuti sehari sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang yang jatuh pada 24 Oktober setiap tahun. Esok 26 oktober 2018 merupakan hari terakhir peperiksaan SMA. Diharapkan semua pelajar akan dapat menjawab dengan baik peperiksaan yang sedang mereka hadapi. InsyaALLAH.

