Bengkel Pengukuhan Bahasa Arab Tingkatan 1 (Pagi 10 November 2018)
Bengkel Pengukuhan Bahasa Arab Tingkatan 1 diteruskan lagi pada Sabtu 10 November 2018. Program diadakan di dalam dewan Tun Abd Razak SMAM. Pelajar-pelajar kelihatan bersemangat mengikuti sesi pagi ini. Semoga semangat ini diteruskan sehingga tamat bengkel ini. InsyaALLAH
Kem Pengukuhan Bahasa Arab Tingkatan 1 Sesi Kedua (malam 9 November 2018)
Selepas tazkirah Maghrib dan Solat Isyak, sesi kedua Kem Pengukuhan Bahasa Arab Tingkatan 1 bermula pada pukul 9.00 malam dan berakhir pada pukul 10.45 malam. Sesi dijalankan oleh Ustaz dari Pusat Bahasa Arab Pekan.
Kem Pengukuhan Bahasa Arab Tingkatan 1 Bermula...
Kem Pengukuhan Bahasa Arab Tingkatan 1 bermula dengan sesi pendaftaran dan taklimat peserta pada jam 2.30 petang Jumaat 9 November 2018. Taklimat diberikan oleh PIC Ustaz Syarafi dan Wakil dari Pusat Bahasa Arab Pekan. Semoga program akan berjalan dengan lancar. InsyaALLAH.
Kelas Tambahan SPM Hujung Minggu 9 - 11 November 2018
Kelas tambahan untuk persediaan menghadapi SPM diteruskan lagi pada hujung minggu ini bermula dari petang Jumaat hingga Ahad. Ini merupakan detik-detik terakhir sebelum SPM bermula minggu depan pada 13 november 2018. Semoga kejayaan bersama kita. InsyaALLAH.

