Bengkel Pengukuhan Bahasa Arab Tingkatan 1 (malam 10 November 2018)
Untuk sesi malam, peserta-peserta Bengkel Pengukuhan Bahasa Arab menjalankan 2 aktiviti iaitu persembahan kaedah mengingat bahasa Arab menggunakan lagu mengikut kumpulan. Pelajar menyanyikan lagu di atas pentas mengikut kumpulan dan juga ditanya mengenai makna perkataan bahasa arab. Seterusnya peserta-peserta menjalankan aktiviti menyelesaikan masalah bahasa arab juga dalam kumpulan. Slot tamat pada pukul 10.30 malam.
# Untuk melihat dan muat turun lebih banyak foto sila ke...
# Untuk melihat dan muat turun lebih banyak foto sila ke...
Bengkel Pengukuhan Bahasa Arab Tingkatan 1 (Petang 10 November 2018)
Untuk sesi petang, bengkel pengukuhan Bahasa Arab Tingkatan 1 mengajak pelajar-pelajar, belajar dan mengukuhkan ingatan melalui permainan dan kuiz. Permainan yang dimainkan ialah dam ular dimana pelajar boleh bergerak ke petak seterusnya hanya jika boleh menjawab soalan-soalan dalam bahasa arab yang diberikan oleh fasilitator. Ini merupakan satu kaedah yang ceria untuk pembelajaran bahasa. Tahniah dan semoga ianya akan membantu pelajar mudah mempelajari bahasa arab di masa...
Bengkel Pengukuhan Bahasa Arab Tingkatan 1 (Pagi 10 November 2018)
Pada sesi pagi bermula dari jam 10.30 pagi, bengkel diteruskan dengan satu sesi ceramah motivasi Al-Quran bertajuk "Al-Quran Bahasa Arab, Sedikit Silap Berubah Makna". Slot ini disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Abdul Karim Bin Sidek. Semoga slot ini akan dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar Bahasa Arab. InsyaALLAH.
# Untuk melihat dan muat turun lebih banyak foto sila ke Galeri - Foto - Bengkel Pengukuhan Bahasa Arab Tingkatan 1 2018
# Untuk melihat dan muat turun lebih banyak foto sila ke Galeri - Foto - Bengkel Pengukuhan Bahasa Arab Tingkatan 1 2018
Kelas Tambahan SPM ( 10 November 2018)
Kelas tambahan SPM hujung minggu diteruskan pada hari ini Sabtu 10 November 2018. Sesi pagi bermula dengan subjek Bahasa Arab dan seterusnya akan disambung dengan subjek Bahasa Inggeris sehingga 2.30 petang, kemudian subjek Matematik sehingga pukul 5.30 petang dan untuk sesi malamnya subjek Sains dari 9.00 malam hingga 10.30 malam. Diharapkan semangat juang yang tinggi di kalangan pelajar-pelajar akan mengalahkan keletihan mereka belajar. InsyaALLAH.

