Konvensyen Fatwa Peringkat Negeri Pahang 2018
3 wakil SMAM telah menghadiri konvensyen fatwa negeri Pahang 2018 yang diadakan di Hotel Grand Darul Makmur dari pukul 8.00 pagi hingga 2.00 petang hari Rabu 14 November 2018. Wakil SMAM terdiri dari Pengetua SMAM, Ustaz Shamsuri Bin Shamsuddin, Ustaz Farek dan Ustaz Azrul. Semoga konvensyen ini dapat memberi input ilmu yang dapat dikongsikan bersama-sama. InsyaALLAH.
Aktiviti Selepas Peperiksaan 14 November 2018: Nasyid Lelaki
Bagi pelajar-pelajar lelaki tingkatan 1 hingga 3 pula, mereka dikumpulkan di Surau Sekolah untuk pertandingan Nasyid dari jam 11.00 pagi hingga 2.30 petang. Hanya 2 kumpulan sahaja menyertai pertandingan ini iaitu kumpulan Reunion Voice dan kumpulan tingkatan 1. Setiap kumpulan diminta menyanyikan 2 buah lagu. Pertandingan dimenangi oleh reunion Voice yang diwakili oleh pelajar-pelajar tingkatan 2 dan 3. Tahniah diucapkan.
Aktiviti Selepas Peperiksaan 14 November 2018: Catur Perempuan
Selepas rehat, pelajar-pelajar perempuan tingkatan 1 hingga 3 dikumpulkan di kantin sekolah untuk pertandingan catur yang bermula dari jam 11.00 pagi hingga 2.30 petang. Aktiviti diseralaskan oleh Cikgu Siti Aesah, Cikgu Shikin dan Cikgu Adilah.
Aktiviti Selepas Peperiksaan 14 November 2018: Bola Tampar Perempuan
Aktiviti bagi pelajar perempuan dari jam 8.00 - 10.00 pagi Rabu 14 November 2018 ialah pertandingan bola tampar yang diadakan di Padang Sekolah. Penyelaras ialah Ustazah Jazlina dan Cikgu Hidayah.

