Penyerahan Surat Perlantikkan Pengawas Pusat Sumber Sekolah Sesi 2019
Penyerahan surat perlantikkan Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS) kepada bakal-bakal pengawas telah diadakan selesai penyerahan surat kepada pengawas sekolah di perhimpunan pagi Jumaat 23 November 2018. Majlis disempurnakan oleh GPK Pentadbiran SMAM, Ustaz Shamsuddin Bin Ali.
Penyerahan Surat Perlantikkan Pengawas Sekolah Sesi 2019
Satu majlis ringkas penyerahan surat perlantikkan pengawas telah diadakan semasa perhimpunan pagi Jumaat di tapak perhimpunan depan ASPURA. Bakal-bakal pengawas yang bakal menjadi pengawas baru atau pengawas yang akan menyambung tugas mereka di 2019, menerima surat perlantikkan masing-masing. Surat perlantikkan disampaikan oleh Pengetua SMAM, Ustaz Shamsuri Bin Shamsudin.
Jamuan Akhir Tahun ASRAMA 2018
Jamuan akhir tahun asrama berjaya dilaksanakan pada malam 22 November 2018 bertempat di surau ASPURA, kantin sekolah dan dewan makan. Majlis bermula pada pukul 7.00 malam di surau ASPURA dengan solat Maghrib berjemaah, tahlil dan bacaan Yaasin. Selepas itu majlis penyampaian hadiah dijalankan dengan dimulakan oleh ucapan ketua asrama ASPURA dan ASPURI, ucapan ketua warden, ucapan YDP PIBG, ucapan GPK HEM dan akhirnya penyampaian hadiah kepada guru yang bertukar, warden-warden dan...
Persediaan Jamuan Akhir Tahun ASRAMA 2018
Jamuan akhir tahun asrama SMAM 2018 akan diadakan pada malam ini 22 November 2018 bertempat di surau ASPURA dan kantin sekolah. Majlis akan bermula pada jam 7.00 malam.

