Kelas Tambahan SPM 2018
Kelas tambahan SPM diteruskan pada waktu malam bermula dari 9.00 - 11.00 malam sebagai persediaan untuk peperiksaan subjek Sains yang akan berlangsung pada 29 November 2018. Diharapkan kelas ini akan dapat menyediakan pelajar-pelajar SMAM. InsyaALLAH.
Kelas Tambahan SPM Dalam Cuti Akhir Tahun 2018
Walaupun sekolah telahpun berada dalam cuti akhir tahun, kelas-kelas tambahan masih dijalankankan di SMAM untuk pelajar-pelajar SPM yang masih belum tamat peperiksaan mereka. Kelas Tambahan telah dijalankan pada 24 - 25 November untuk subjek PQS yang peperiksaannya jatuh pada Isnin 26 November. Kelas tambahan Sains pula akan dijalankan dari 27 - 28 November untuk peperiksaan yang jatuh pada 29 November. Seterusnya kelas tambahan ekonomi akan diadakan untuk subjek ekonomi...
Makluman Kepada Pelajar
Kepada mana-mana pelajar yang mahu melihat atau memuat turun foto-foto sepanjang Jamuan Akhir Tahun Asrama 2018, anda boleh klik galeri - foto - Jamuan Akhir Tahun Asrama 2018. Juga telah dimuat naik foto-foto ragam pelajar di akhir tahun 2018 , Majlis Penyampaian Hadiah Aktiviti Selepas Peperiksaan 2018, Maulidurrasul 2018, Pertandingan Sepak Yem (KIKBO) , Temuduga Pengawas Sekolah dan PSS sesi 2019, Penyampaian Cenderahati Kepada Ahli Kelab MALAYSIAKU 2018 dan Penyampaian...
Selamat Bercuti Akhir Tahun Kepada Semua Warga SMAM
Admin ingin mengucapkan selamat bercuti Akhir Tahun 2018 kepada semua warga SMAM. Semoga semua dalam keadaan sihat dan selamat sepanjang percutian dan akan berjumpa semula di tahun 2019 nanti. InsyaALLAH

