Jamuan Akhir Tahun ASRAMA 2018

   Jamuan akhir tahun asrama berjaya dilaksanakan pada malam 22 November 2018 bertempat di surau ASPURA, kantin sekolah dan dewan makan. Majlis bermula pada pukul 7.00 malam di surau ASPURA dengan solat Maghrib berjemaah, tahlil dan bacaan Yaasin. Selepas itu majlis penyampaian hadiah dijalankan dengan dimulakan oleh ucapan ketua asrama ASPURA dan ASPURI, ucapan ketua warden, ucapan YDP PIBG, ucapan GPK HEM dan akhirnya penyampaian hadiah kepada guru yang bertukar, warden-warden dan exco asrama 2018. Selepas bacaan doa makan oleh Ustaz Luqman, jamuan makan pun bermula. Tahniah kepada semua pihak yang menguruskan majlis ini. Semoga ianya menjadi kenangan manis bagi semua warga SMAM.

Tag: SMAM 2018