Peperiksaan SPM 2018 Subjek Sains
Pada hari ini Khamis 29 November 2018, semua calon SPM SMAM dan seluruh Malaysia mengambil peperiksaan subjek Sains. Peperiksaan bermula pada pukul 8.00 hingga 9.15 pagi untuk kertas 1 dan dari pukul 10.00 pagi hingga 12.30 tengahari untuk kertas 2. Semoga semua calon SPM SMAM akan mendapat menjawab dengan baik dan bakal mendapat keputusan yang cemerlang. InsyaALLAH.
Makluman Kepada Pelajar (kemaskini 29 November 2018. 6.56 am)
Kepada mana-mana pelajar yang mahu melihat atau memuat turun foto-foto sepanjang Jamuan Akhir Tahun Asrama 2018, anda boleh klik galeri - foto - Jamuan Akhir Tahun Asrama 2018. Juga telah dimuat naik foto-foto ragam pelajar di akhir tahun 2018 , Majlis Penyampaian Hadiah Aktiviti Selepas Peperiksaan 2018, Maulidurrasul 2018, Pertandingan Sepak Yem (KIKBO) , Temuduga Pengawas Sekolah dan PSS sesi 2019, Penyampaian Cenderahati Kepada Ahli Kelab...
Pembersihan Asrama oleh Warden Aspura dan Pelajar
Warden-warden asrama mengambil peluang cuti akhir tahun dan tempoh peperiksaan SPM yang belum berakhir untuk membersihkan bilik-bilik asrama dengan bantuan sukarelawan pelajar yang masih ada di asrama untuk Program Mesra Masjid. Satu bilik dibersihkan sehari untuk persediaan tahun 2019. Tahniah diucapkan kepada semua warden lelaki iaitu Ustaz Syarafi, Ustaz Rahimi dan Ustaz Azrul dan pelajar-pelajar yang terlibat. Semoga jasa baik anda semua akan diberikan balasan terbaik...
Persediaan Akhir Pelajar 5A Sebelum Peperiksaan Sains SPM esok
Pelajar-pelajar tingkatan 5A tidak melepaskan peluang masa yang masih berbaki untuk membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan Sains esok. Mereka berkumpul untuk meneruskan ulangkaji di kelas, asrama dan sekitar kawasan sekolah pada malam 28 November 2018. Tahniah dan diucapkan selamat maju jaya kepada mereka semua. Semoga ALLAH memberikan kemudahan dan merahmati mereka dan seterusnya memberi kejayaan dalam peperiksaan esok. InsyaALLAH.

