Gotong Royong Membersihkan Kelas Sebelum Cuti Akhir Tahun
Gotong royong membersihkan kelas sebelum cuti akhir tahun telah dilakukan di semua kelas. Selepas ini nanti akan diadakan pula gotong royong asrama.
Penyerahan buku teks kepada pelajar tingkatan 1 hingga 4 untuk sesi 2019
Penyerahan buku teks kepada semua pelajar-pelajar tingkatan 1 hingga 4 telah diadakan di setiap kelas. Ianya bermula selepas majlis penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar untuk aktiviti selepas peperiksaan 2018.
Majlis Penyampaian Hadiah Aktiviti Selepas Peperiksaan 2018
Majlis penyampaian hadiah untuk aktiviti selepas peperiksaan telah diadakan pada hari ini Khamis 22 November 2018. Majlis bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 9.30 pagi.
Temuduga Pengawas Pusat Sumber sesi 2019
Satu temuduga pemilihan Pengawas Pusat Sumber telah dilakukan di PSS SMAM pada hari ini Rabu 21 November 2018. Penemuduga ialah Cikgu Aesah dan Ustaz Azrul.

