hari tanpa songkok 24 april 2019
Hari tanpa songkok bertujuan untuk memastikan rambut pelajar-pelajar lelaki adalah mengikut peraturan rambut yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
Thobur Sobahi 24 April 2019
Thobur Sobahi melibatkan 2 aktiviti iaitu pengayaan Bahasa Arab yang dipimpin oleh Saudara Iqbal dan dialog Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris oleh Saudara Dinie dan Abi.
perhimpunan pagi rabu 24 april 2019
Perhimpunan pagi Rabu bermula pada jam 7.15 pagi dengan nyanyian lagu Asma Ul-Husna. Selepas bacaan Al-Quran beramai-ramai yang diketuai oleh Saudara Iqbal Naim, majlis disambung dengan program Thobur Sobahi, ucapan GPK HEM Ustazah Azifah dan ditutup dengan doa oleh Saudara Iqbal Naim.
mesyuarat post-mortem spm 2018
Mesyuarat post-mortem SPM 2018 bermula dari pukul 3.15 - 5.50 petang di Bilik Mesyuarat SMAM. Ianya dihadiri oleh semua guru yang mengajar SPM 2018 dan juga 2019. Mesyuarat membincangkan strategi untuk peningkatan SPM 2019.

