Taklimat Tatacara Perbarisan Pagi
Taklimat tatacara perbarisan telah diberikan oleh Ustazah Azifah selaku GPK HEM dan Pengetua SMAM, Ustaz Shamsuri Bin Shamsuddin. Ini adalah untuk menyelaraskan pergerakan pelajar semasa kawad ringkas sebelum dan selepas perhimpunan. Pelajar diberikan penerangan mengenai arahan-arahan yang akan diberikan dan bagaimana pelajar seharusnya bertindakbalas terhadap arahan-arahan itu.
Thobur Sobahi 25 April 2019
Thobur Sobahi kali ini dipimpin oleh Saudara Salahuddin. Topik pada hari ini ialah barang-barang di dapur untuk pengayaan Bahasa Arab.
perhimpunan pagi khamis 25 april 2019
Perhimpunan Khamis 25 April 2019 bermula pada jam 7.15 pagi dengan nyanyian Asma Ul-Husna dan seterusnya bacaan Al-Quran beramai-ramai yang dipimpin oleh pengawas bertugas, Saudara Salahuddin. Seterusnya program Thobur Sobahi, ucapan Ustaz Azrul, ucapan Ustazah Jazlina, ucapan Ustazah Azifah dan Ustaz Shamsuri.
Program Kitar Semula
Program Kitar Semula sempena pesta tasik Maran 2019 telah diadakan di Taman tasik Maran pada hari ini Rabu 24 April 2019 bermula dari pukul 2.00 petang. Pelajar-pelajar SMAM yang terlibat telah hadir ke program ini dengan diiringi oleh guru pengiring iaitu Cikgu Nurul Izzah. Semoga ianya akan meningkatkan lagi kesedaran semua untuk mengitar semula. InsyaALLAH.

