Wacana Ilmiah Amalan Perubatan Tradisional Melayu
Satu Wacana Ilmu yang diberi tajuk Wacana Ilmiah Amalan Perubatan Tradisional Melayu telah diadakan di Auditorium Pejabat Agama Daerah Maran pada hari ini Khamis 25 April 2019. SMAM diwakili oleh Pengetua, Ustaz Shamsuri Bin Shamsudin dan Ustaz Farek. Semoga ianya memberikan ilmu yang berguna kepada kita. InsyaALLAH.
Pertandingan Catur MSSP
Alhamdulillah, SMAM telah menghantar beberpa peserta ke pertandingan catur MSSP yang diadakan di SMK Desa Jaya. Semoga kejayaan dapat dicapai di pertandingan ini oleh wakil-wakil SMAM. InsyaALLAH.
taklimat perkhemahan bersepadu
Taklimat perkhemahan bersepadu yang akan disertai oleh 10 orang pelajar lelaki SMAM telah diberikan oleh guru pengiring, Ustaz Khairun Nas di Bilik Guru Lelaki. Perkhemahan ini merupakan perkhemahan badan beruniform yang digabungkan dengan beberapa sekolah sekitar pahang.
taklimat program selawat ihya ramadhan
Taklimat program Selawat Ihya Ramadhan telah diberikan oleh Ustaz Farek di tapak perhimpunan SMAM. Program ini akan dijalankan esok, Jumaat 26 April 2019.

