Thobur Sobahi 17 April 2019
Thobur Sobahi terbahagi kepada 2. Pertama pengayaan Bahasa Arab dan bahagian kedua dialog Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.
Perhimpunan Pagi Rabu 17 April 2019
Perhimpunan Rabu 17 April 2019 bermula pada jam 7.15 pagi dengan dimulakan dengan Nyanyian Asma ul-Husna, bacaan Al-Quran, Thobur Sobahi, penyampaian hadiah dan taklimat gotong royong. Ianya berakhir pada jam 7.39 pagi.
Persediaan Untuk Gotong royong Rabu 17 April 2019
Persediaan untuk gotong royong 4K pertama SMAM esok telah dibuat dengan giatnya oleh semua AJK yang terlibat terutamanya SU Keceriaan, USTAZ AZRUL BIN MOHAMMED ZALI. Tahniah dan semoga segalanya berjalan lancar esok. InsyaALLAH.
Lawatan Kerja GPK HEM ke ASPURA
GPK HEM, Ustazah Azifah telah melakukan lawatan ke ASPURA ditemani oleh warden-warden untuk melihat keadaan ASPURA dan mencari idea untuk melakukan penambahbaikkan kepada ASPURA SMAM. Semoga ASPURA akan menjadi lebih selesa dan kondusif untuk pelajar-pelajar ASPURA. InsyaALLAH.

