Lawatan x-smam
2 orang bekas pelajar SMAM dari batch SPM 2018 iaitu Saudari Alisya dan Izzah Insyirah telah hadir melawat SMAM pada hari ini untuk mengambil sijil-sijil yang diperlukan untuk melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Semoga dipermudahkan segala urusan mereka oleh ALLAH swt. InsyaALLAH.
Thobur Sobahi 18 April 2019
Thobur sobahi hari ini diketuai oleh Saudara Nur Haziq yang melibatkan pengayaan Bahasa Arab mengenai pasar.
Perhimpunan Pagi Khamis 18 April 2019
perhimpunan pagi Khamis dimulakan dengan nyanyian Asma ul-Husna dan Bacaan Al-Quran beramai-ramai. Seterusnya program Thobur Sobahi dijalankan, ucapan dari Ustaz Azrul mengenai asrama dan ucapan Ustazah Jazlina mengenai penggunaan kerusi milik dewan dan bukan dewan. Perhimpunan ditutup dengan bacaan doa dan pemeriksaan disiplin pelajar.
Gotong ROYONG kELAS 17 APRIL 2019
Gotong royong diteruskan pada Rabu 17 April 2019 dengan sesi petang di semua kelas untuk membersih dan menceriakan kelas. Pintu-pintu kelas juga telah dicat baru.

