taklimat peperiksaan
Taklimat peperiksaan telah diberikan oleh setiausaha peperiksaan dalaman, Cikgu Nor Hidayah kepada semua pelajar di tapak perhimpunan. Juga telah dimaklumkan sesi peperiksaan hari Khamis 9 Mei 2019 telah ditangguhkan kerana lebih 100 orang pelajar SMAM akan terlibat dengan program penyamapaian biasiswa di Arena Tasik Maran pada hari ini di bawah Yayasan Pahang.
Taklimat Pengurusan Kelas dan Asrama
Taklimat ringkas mengenai pengurusan kelas dan asrama telah disampaikan oleh ustaz Azrul yang juga merupakan guru bertugas untuk minggu ini bersama Cikgu Immazura. Beliau menerangkan mengenai kepentingan menghantar slip kehadiran setiap pagi, kepentingan kebersihan asrama dan juga kepentingan penggunaan kad keluar masuk asrama.
Thobur Sobahi Khamis 9 Mei 2019
Thobur Sobahi untuk hari Khamis 9 Mei 2019 melibatkan dialog Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris oleh dua pengawas bertugas iaitu Saudara Amiruddin dan Saudara Afiq. Ianya melibatkan pengayaan Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.
perhimpunan pagi khamis 9 mei 2019
Perhimpunan pagi Khamis 9 Mei 2019 berlangsung dari jam 7.15 - 7.55 pagi di tapak perhimpunan bersebelahan dengan Dewan Tun Abd Razak, SMAM.

