Perhimpunan Pagi Jumaat 10 Mei 2019
Perhimpunan pagi Jumaat 10 Mei 2019 bermula pada jam 7.15 pagi hingga 8.00 pagi di Dewan Tun Abd Razak, SMAM. Ianya dimulakan dengan bacaan 2 Surah Al-Quran secara berjemaah yang diketuai oleh Saudara Yusman. Selesai bacaan Al-Quran, GPK Pentadbiran dan Pengetua SMAM telah memberi ucapan.
Solat Maghrib, Isyak Dan Terawih berjemaah di Dewan Tun Abd Razak
Program solat berjemaah di Dewan Tun Abd Razak diteruskan ke malam kedua. Imam pada malam 9 Mei 2019 ialah Saudara Wan Ilyas. Majlis berakhir pada jam 9.50 malam. Alhamdulillah.
tadarus al-quran sempena Ramadhan 2019
Tadarus Al-Quran telah dijalankan di Dewan Tun Abd Razak, SMAM selepas solat Zohor berjemaah dari jam 2.00 - 2.40 petang. Pelajar-pelajar telah dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil yang diselia oleh seorang guru. Program ini akan berjalan sehingga pelajar pulang untuk bercuti pertengahan tahun. InsyaALLAH.
tahniah kepada semua penerima biasiswa 2019 dan terimakasih yayasan pahang
Warga SMAM mengucapkan tahniah kepada semua penerima biasiswa Yayasan Pahang 2019 terutamanya 110 orang dari SMAM. Semoga bantuan ini akan digunakan sebaik-baiknya untuk memudahkan urusan perbelanjaan pendidikan semua pelajar. Terimakasih yang tak terhingga juga diucapkan kepada pihak Yayasan Pahang yang sudi memberikan sumbangan biasiswa tersebut kepada semua anak-anak pelajar yang memerlukan.

