Tahniah Athirah kerana mendapat tempat ke-3 peratandingan tilawah al-quran mtq pahang
Tahniah diucapkan kepada saudari Athirah dari 5 Al-Abrar yang berjaya menggondol tempat ke-3 dalam pertandingan tilawah Al-Quran MTQ Pahang.
PERHIMPUNAN PAGI JUMAAT 19 APRIL 2019
Perhimpunan bermula dari jam 7.15 hingga 8.20 pagi. Dimulakan dengan bacaan Al-Quran. Seterusnya ucapan/makluman dari SU Petka, Cikgu Noraza, ucapan GPK HEM Ustazah Azifah, ucapan GPK Pentadbiran, ustaz Shamsuddin dan ditutup dengan ucapan Pengetua, Ustaz Shamsuri Bin Shamsuddin.
Persediaan untuk pelancaran program 4k smam 2019
Persediaan untuk program pelancaran 4K giat dijalankan di Dewan Tun Abd Razak pada malam Khamis 18 April 2019. SU 4K SMAM, Cikgu Ridzuan bersama-sama dengan beberapa guru lain sedang menyediakan pentas dan keperluan lain untuk perasmian esok Jumaat 19 April 2019. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. InsyaALLAH.
Lawatan x-smam
2 orang bekas pelajar SMAM dari batch SPM 2018 iaitu Saudari Alisya dan Izzah Insyirah telah hadir melawat SMAM pada hari ini untuk mengambil sijil-sijil yang diperlukan untuk melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Semoga dipermudahkan segala urusan mereka oleh ALLAH swt. InsyaALLAH.