Solat Isyak dan Terawih Berjemaah 12 mei 2019
Solat Isyak dan Terawih berjemaah di Dewan Tun Abd Razak, SMAM diteruskan pada malam ini Ahad 12 Mei 2019. Semua pelajar ASPURA dan ASPURI hadir untuk menunaikan tanggungjawab secara berjemaah sempena bulan Ramadhan yang mulia ini. Alhamdulillah.
taklimat pengurusan ASPURA oleh Ustaz Azrul
Taklimat ringkas pengurusan ASPURA telah diadakan oleh Ustaz Azrul selepas selesai solat terawih berjemaah. Beliau mengumumkan pelajar-pelajar ASPURA dibenarkan keluar ke Bazar Ramadhan selepas solat Asar dengan Ibubapa/Penjaga masing-masing dan dikehendaki pulang semula ke asrama sebelum maghrib. Jika pelajar mahu berbuka dengan ibibapa, mereka boleh berbuat demikian di kawasan sekolah. InsyaALLAH.
Solat Isyak dan Terawih Berjemaah 10 mei 2019
Solat berjemaah Isyak dan Terawih dengan dipimpin oleh pelajar bertugas telah dijalankan di Dewan Tun Abd Razak sempena Ramadhan. Pelajar tidak dibenarkan pulang ke kampung pada minggu ini.
peperiksaan pertengahan tahun 2019 hari Ke-4
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2019 telah masuk hari ke-4 dan bermula jam 7.40 pagi bagi tingkatan 1 dan 2. Tingkatan 4 dan 5 pula bermula pada jam 8.00 pagi.

