MAJLIS PENGUMUMAN KEPUTUSAN SIJIL MENENGAH AGAMA (SMA) 2025
Pengumuman keputusan SMA 2025 akan diadakan pada hari Isnin 2 Februari 2026 di Dewan Abqari, SMA Al-Khairiah , Temerloh. Untuk peringkat sekolah, pengumuman keputusan akan diadakan pada hari Selasa 3 Februari 2026 di Dewan Tun Abd Razak, SMAM jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari.
PROGRAM AMALI GOSOK GIGI TINGKATAN 1 DAN CERAMAH KESIHATAN TINGKATAN 1 HINGGA 5 (RABU 28 JANUARI 2026)
Program Amalai Gosok Gigi untuk tingkatan 1 bermula pada jam 10.40 pagi sehingga 11.00 pagi manakala Ceramah Kesihatan tingkatan 1 hingga 5 bermula dari jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengahari.
KEJOHANAN MERENTAS DESA SMA MARAN 2025
Dilaksanakan pada hari Rabu 28 Januari 2026 pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 9.45 pagi.
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN SMAN PAHANG KALI KE 24 TAHUN 2026
Tahniah diucapkan kepada semua warga SMA Maran atas anugerah kecemerlangan bernilai RM 15 000 yang diterima dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan SMAN Pahang kali ke 24 tahun 2026. Majlis diadakan di Dewan Jubli Perak, Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan pada hari Selasa 27 Januari 2026. SMA Maran telah memenangi 14 kategori yang dipertandingkan.

