MAJLIS PERPISAHAN GURU - USTAZ AHMAD FAREK DAN USTAZAH NUR AZIFAH
Majlis diadakan di Dewan Tun Abd Razak, SMAM untuk meraikan perpisahan 2 guru SMA Maran iaitu Ustaz Ahmad Farek yang bertukar ke SMA Rompin dan Ustazah Azifah yang bertukar ke SMA Al-Khairiah. Pertukaran kedua-dua guru berkuatkuasa pada 9 Februari 2026. Ustaz Farek telah mengajar di SMAM selama lebih 10 tahun manakala Ustazah Azifah pula lebih dari 16 tahun. Semoga kedua-dua sahabat guru akan lebih cemerlang di sekolah baru mereka. InsyaALLAH.
MAJLIS PELANCARAN IHYA RAMADHAN 2026
Diadakan pada hari Jumaat 13 Februari 2026 di Dewan Tun Abd Razak, SMAM bermula dari jam 8.00 pagi.
MAJLIS PERASMIAN 4K (ISNIN 9 FEBRUARI 2026)
Majlis perasmian diadakan bermula pada jam 7.20 pagi di Dewan Tun Abd Razak, SMAM. Ianya dirasmikan oleh Pengetua SMA Maran, Cikgu Hj Mohd Fairuz Bin Ab Kudus.
TAHNIAH ATAS KECEMERLANGAN SMA 2025
Pada hari Selasa 3 Februari telah diadakan satu majlis penyampaian keputusan SMA 2025 di Dewan Tun Abd Razak, SMAM. Ianya dihadiri oleh guru-guru SMA, calon-calon SMA 2025 dan ibu bapa penjaga bagi calon-calon SMA 2025. Warga SMAM mengucapkan tahniah kepada semua calon SMA 2025 atas keputusan cemerlang yang dicapai.

