Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Papar Artikel

AKTIVITI SEPANJANG RAMADHAN - SOLAT ZOHOR BERJEMAAH DI DEWAN, TADARUS AL-QURAN DAN SOLAT TERAWIKH BERJEMAAH DI DEWAN TUN ABD RAZAK

   Disepanjang bulan Ramadhan 2026, program yang dilaksanakan setiap hari ialah solat berjemaah di Dewan Tun Abd Razak, diikuti dengan sesi Tadarus Al-Quran dan pada sebelah malamnya solat terawikh berjemaah di Dewan Tun Abd Razak, SMAM. Semoga bulan Ramadhan ini menjadi lubuk pahala bagi Warga SMA Maran. InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2026

Papar Artikel

PROGRAM SUNTIKAN VAKSIN HPV

   Program diadakan bermula dari jam 9.15 pagi Isnin 23 Februari 2026 di Dewan Tun Abd Razak, SMAM. Ianya dijalankan oleh pasukan dari KK Maran yang diketuai oleh seorang doktor. Pelajar yang terlibat adalah pelajar-pelajar perempuan tingkatan 1 2026.

Tag: SMAM 2026

Papar Artikel

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP) 2026

   Majlis diadakan pada hari Jumaat 13 Februari 2026 bermula dai jam 10.30 pagi hingga 12.00 tengahari di Dewan Tun Abd Razak, SMAM. Bantuan Awal Persekolah (BAP) yang bernilai RM150.00 telah diserahkan secara tunai kepada ibu bapa penjaga atau diambil oleh anak-anak yang diwakilkan oleh ibu bapa mereka. Alhamdulillah.

Tag: SMAM 2026