Ceramah Keselamatan Jalan Raya
Pada hari Sabtu 17 Jun 2017 satu sei ceramah keselamatan jalan raya telah diadakan di Dewan Tun Abd Razak. Ceramah ini dihadiri oleh semua warga SMAM. Ceramah ini disampaikan oleh Pegawai Polis dari IPD Maran yang diketuai oleh Inspektor Hafiz yang juga merupakan pegawai perhubungan polis sekolah. Diharapkan cermah ini memberikan kesedaran tentang keselamatan jalan raya kepada semua warga SMAM yang hadir terutamanya pelajar-pelajar. Ceramah ini juga diharapkan...
Tadarrus Al-Quran
Alhamdulillah, selepas berpuasa selama 2 minggu di rumah masing-masing sempena bulan Ramadhan yang jatuh pada cuti pertengahan tahun, sesi Tadarrus Al-Quran telah dijalankan di SMAM disepanjang 9 hari persekolahan yang berbaki sebelum cuti Hari Raya Aidilfitri. Program bermula pada pukul 1.30 tengahari hingga 3.00 petang. Ianya dimulakan dengan Solat Zohor berjemaah di dewan Tun Abd Razak, SMAM. Sesi bertadarrus pada tahun ini lebih panjang dari tahun-tahun sebelumnya...
Aktiviti Bulan Ramadhan di SMAM
Sempena bulan Ramadhan ini seperti tahun-tahun sebelumnya juga SMAM telah menjalankan Solat Terawih berjemaah yang diadakan di Dewan Tun Abd Razak SMAM yang mengumpulkan semua pelajar ASPURA dan ASPURI. Pelajar-pelajar luar yang tinggal di sekitar SMAM juga turut sama memeriahkan solat terawih berjemaah ini. Imam adalah terdiri dari warden-warden, guru-guru dan pelajar-pelajar SMAM sendiri. Selain daripada solat terawih, sesi tadarrus Al-Quran juga diadakan dari pukul 1.30...
Selamat Kembali ke Sekolah
Pada hari ini Isnin 12 Jun 2017 bersamaan 17 Ramadhan berakhirlah cuti penggal selama dua minggu yang jatuh bersamaan dengan mulanya berpuasa. Hari ini pelajar-pelajar asrama akan mula pulang ke SMAM untuk bersekolah seperti biasa. Pelajar-pelajar tg 3,4 dan 5 akan menyambung sesi peperiksaan yang telah bermula sebelum cuti penggal mankala pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2 sesi pengajaran dan oembelajaran akan berjalan seperti biasa. Warga SMAM ingin mengucapkan Selamat kembali...

