Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Papar Artikel

Ceramah Kesihatan gigi

   Pada hari Jumaat 21 April 2017, bermula dari pukul 9.00 - 10.00 pagi telah diadakan pula cermah kesihatan gigi oleh Doktor Farah Nini dari Klinik Kesihatan Maran. Program dihadiri oleh semua pelajar SMAM. Alhamdulillah dan terimakasih kepada Dr Farah dan jururawat pengiring yang sudi datang ke SMAM untuk sesi ceramah ini

Tag: kesihatan gigi klinik kesihatan maran SMAM

Papar Artikel

Pelancaran Program Mentor Mentee " 10 minit Aku Cakna"

   Pada hari Jumaat 21 April 2017, Unit Bimbingan Kaunseling dan Bahagian Kurikulum telah melancarkan satu program mentor mentee yang diberi nama "10 minit cakna". Pelancaran telah dilakukan oleh setiausaha UBK Ustaz Aiddil. 

   Dalam program ini, pelajar-pelajar PT3, SMA dan SPM akan dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil yang akan diketuai oleh seorang guru yang mengajar mereka. Perjumpaan akan diadakan setiap hari Khamis dari 2.30 - 2.40 petang selama 10 minit.

Tag: SMAM pt3 SMA spm UBK

Papar Artikel

Kem Motivasi Solat

  Alhamdulillah. 5 orang imam muda dari SMAM telah berjaya menjalankan Kem Motivasi Solat yang disertai oleh 17 orang pelajar dari SMK Jengka 12. Program ini merupakan kerjasama diantara SMK Jengka 12 dan SMAM. Pelajar-pelajar SMAM ini telah diiringi oleh Ustaz Syarafi dan Cikgu Abdullah B Ismail. Tahniah kepada semua yang terlibat.

Tag: kem motivasi solat SMAM jengka 12

Papar Artikel

KONPIP

   Alhamdulillah pada 14 hingga 16 April 2017, SMAM telah menjadi tuan rumah untuk Konvensyen Pelajar Islam Pahang (KONPIP) yang telah di jalankan oleh Alumni Pelajar Agama Pahang. Pelajar-pelajar mewakili badan dakwah dari 17 buah sekolah SMAN telah menyertai konvensyen ini, Tahniah kepada semua yang terlibat

Tag: KONPIP 2017 SMAM SMAN Pahang