Sambutan Malam Nisfu Syaaban 2017
Alhamdulillah pada malam Khamis 11 Mei 2017, telah dilangsungkan majlis sambutan Nisfu Syaaban di Dewan Tun Abd Razak, SMAM. Sambutan diketuai oleh Us Ahmad Farek dan dimulai dengan solat Maghrib berjemaah, Solat Hajat, Bacaan Yaasin dan Tahlil. Majlis diakhiri dengan Solat Isyak berjemaah.
Seminar Dan Bengkel Kecemerlangan PT3, SMA dan SPM 2017
Alhamdulillah pada 5 dan 7 Mei 2017, program seminar dan bengkel kecemerlangan untuk peperiksaan PT3, SMA dan SPM Fasa I telah bermula. Pada 5 Mei seminar Matematik SPM telah dilangsungkan dan pada 7 Mei 2017, dilangsungkan pula seminar dan bengkel Sains SPM. Ini merupakan permulaan untuk Fasa I. Semoga SMAM cemerlang dalam semua peperiksaan awam 2017.
Kem Kepimpinan 2017
Bermula dari Jumaat 21 April 2017 - Ahad 23 April 2017, telah diadakan satu kem kepimpinan yang disertai oleh semua pengawas sekolah dan exco ASPURI. Program ini telah dijalan oleh Vetical Leading Solution Consultant dari Kuantan. Diharapkan program ini akan memberikan impak yang baik kepada semua pelajar yang terlibat.
Cendikiawan Muda Takaful
Pada hari Jumaat 21 April 2017, telah diadakan satu pertandingan yang disertai semua wakil sekolah-sekolah agama pahang iaitu pertandingan Cendikiawan Muda Takaful sempena program Amanah Saham Malaysia yang diadakan di Masjid baru Bandar Temerloh. Alhamdulillah, wakil SMAM adik Yusman telah berjaya mara ke peringkat akhir pertandingan pada hari Isnin 24 April 2017.
Alhamdulillah adik Yusman Haqeem telah berjaya mendapat tempat kedua dalam...
Alhamdulillah adik Yusman Haqeem telah berjaya mendapat tempat kedua dalam...

