Gotong Royong Perdana Kali Kedua
Alhamdulillah gotong royong perdana kali kedua telah berjaya dijalankan pada hari Jumaat 26 Mei 2017 bermula dari pukul 9.25 pagi hingga pukul 12.00 tengahari. Gotong royong ini melibatkan semua zon 4K yang telah ditetapkan. Semoga sesi gotong royong ini meletakkan SMAM satu langkah ke depan dari segi kebersediaan untuk menghadapi pertandingan 4K 2017.
Derma Tabung Kebakaran oleh KRT UITM Jengka
Alhamdulillah pada hari Khamis 25 Mei 2017, SMAM telah dilawati oleh wakil KRT UITM Jengka untuk menyampaikan sumbangan tabung kebakaran yang berjumlah RM2170.00. Warga SMAM ingin mengucapkan jutaan terimakasih kepada pihak KRT UITM yang sudi menyampaikan sumbangan ini. Jasa baik anda hanya ALLAH yang mampu membalasnya. Terimakasih.
Seminar Ekonomi
Seramai 12 orang pelajar tingkatan 5 SMAM telah mengikuti seminar subjek ekonomi yang telah diadakan di Maahad SAS Jengka pada hari Khamis 25 Mei 2017. Pelajar-pelajar telah diiringi oleh guru ekonomi mereka iaitu Cikgu Norashikin. Adalah diharapkan seminar ini akan menjadi pembakar semangat untuk semua pelajar berjaya dalam subjek ekonomi dalam peperiksaan SPM 2017 nanti. InsyaALLAH.
Aktiviti Kokurikulum Hari Rabu
Pada setiap hari Rabu SMA Maran akan mengadakan aktiviti kokurikulum sebagaimana sekolah-sekolah lain juga. Aktiviti ini dibahagi dan digilirkan antara sukan, unit beruniform dan persatuan. Program diselaraskan oleh setiusaha kokurikulum Ustaz Rahimi Bin Zainal Abidin.

