Lawatan Mengejut KPP Khidmat Pengurusan JAIP ke Tapak Kebakaran
Pada hari Jumaat bersamaan 28 Julai 2017, satu lawatan secara mengejut telah dilakukan oleh KPP Khidmat Pengurusan JAIP iaitu saudara Nik Azrul ke SMAM untuk melawat tapak kebakaran dan juga tapak tempat bangunan baru asrama puteri akan didirikan. Beliau hadir dengan diiringi oleh 3 pegawai JAIP yang lain dan sampai ke SMAM hampir pada pukul 5.00 petang. Diharapkan lawatan ini akan mempercepatkan proses pembinaan bangunan asrama yang baru yang terhenti selepas kajian kesesuaian...
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017
Alhamdulillah... pada hari Jumaat 21 Julai 2017, telah berlangsung majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017 di Dewan Tun Abd Razak SMAM. Majlis bermula seawal jam 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengahari. Pelbagai hidangan di hidangkan mengikut menu kelas-kelas yang berbeza. Pihak kantin dan dewan makan juga turut sama terlibat dalam majlis gilang gemilang ini. Suasana sambutan sangat meriah dan ceria dengan telatah semua warga SMAM yang menggayakan pakai raya...
Sumbangan Bencana Kebakaran SMAM
Alhamdulillah pada hari Khamis 20 Julai 2017, Alumni Kuliyyah dan UMP telah sudi menyampaikan sumbangan kepada tabung bencana kebakaran SMAM. Sumbangan telah disampaikan oleh Ustaz Hilmi Bin Mat Said dan diterima oleh GPK HEM SMAM. Terimakasih kami ucapkan kepada Alumni Kuliyyah dan UMP. Semoga ALLAH memberikan balasan yang istimewa untuk anda semua. Amiin.
Aktiviti Ko-Kurikulum Rabu
Sebagaimana setiap hari Rabu, pada 19 Julai 2017, hari kokurikulum diteruskan di SMAM dengan giliran Persatuan beruniform. Pasukan beruniform SMAM dibahagikan kepada 4 pasukan iaitu, kadet bomba, kadet polis, persatuan bulan sabit merah dan puteri Islam. Aktiviti bermula dari pukul 3.30 petang dan berakhir pada jam 4.30 petang. Terimakasih kepada semua warga SMAM yang menjayakan aktiviti ini. Tahniah.

