Perkampungan Ilmu Fasa II SMAM
Alhamdulillah, satu program kelas tambahan yang dinamakan Perkampungan Ilmu Fasa II telah berjaya di jalankan bermula dari hari Jumaat 25 Ogos hingga hari Ahad 27 Ogos 2017. Program ini diadakan untuk persediaan pelajar menghadapi tiga peperiksaan awam iaitu PT3, SMA dan SPM yang akan berlangsung tidak berapa lama lagi. Kelas bermula seawal pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 10.00 malam mengikut jadual yang telah disediakan. Tahniah dan terimakasih diucapkan kepada semua...
PROGRAM MOTIVASI TINGKATAN 3, 4 DAN 5 SMAM
Alhamdulillah, satu program motivasi untuk pelajar PT3, SMA dan SPM telah berjaya dijalankan pada 24 Ogos 2017 di Dewan Tun Abd Razak SMAM. Program ini bertujuan untuk meningkatkan motivasi pelajar-pelajar tingkatan 3 - 5 yang akan menghadapi peperiksaan awam PT3, SMA dan SPM tidak lama lagi. Program ini bermula seawal pukul 8.00 malam dan berakhir pada pukul 11.00 malam. Tahniah dan terimakasih kepada semua pelajar dan guru yang terlibat.
UJIAN MENDENGAR BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS PT3 2017
Ujian mendengar untuk subjek Bahasa Inggeris dan Bahasa Melatyu PT3 2017 telah bermula pada 22 Ogos 2017 dengan dimulai oleh subjek Bahasa Melayu di Dewan Tun Abd Razak. Manakala untuk Bahasa Inggeris pula ujian akan dilaksanakan pada 23 Ogos 2017 di tempat yang sama. Ujian adalah serentak di seluruh negara. Sesi latihan menjawab dan mendengar telah dilaksanakan pada 21 Ogos untuk Bahasa Melayu dan 22 Ogos untuk Bahasa Inggeris. Semoga pelajar-pelajar SMAM akan berjaya dengan...
Tuisyen Rakyat 2017
Alhamdulillah, pelajar-pelajar SMAM ada yang terpilih untuk menyertai program Tuisyen Rakyat yang diadakan untuk pelajar-pelajar SPM Maran. Program ini adalah dibawah anjuran Parlimen Maran yang melibatkan siri tuisyen subjek-sebjek teras SPM seperti Bahasa Melayu, Sejarah dan Bahasa Inggeris. Ianya diadakan setiap hari Sabtu mengikut jadual yang telah ditetapkan. Tahniah kepada pelajar-pelajar SMAM yang terpilih dan terimakasih kepada Parlimen Maran atas kesudian pihak...

