Seminar Sifar Gagal SMA 2017 SMAM
Alhamdulillah satu sesi seminar sifar gagal untuk SMA telah diadakan di dewan Tun Abd Razak SMAM bermula dari 18 September hingga 20 September 2017. Seminar ini bertujuan untuk memastikan semua pelajar tingkatan SMAM yang bakal mengambil SMA akan lulus 100%. Program telah diselaraskan oleh SU SMA iaitu Ustaz Farek. Sesi telah dibahagikan mengikut subjek SMA dan dijalankan oleh guru-guru subjek.
Selamat Kembali Ke SMAM
Selamat kembali semula ke SMAM selepas bercuti selama 10 hari sempena cuti pertengahan semester 2 dan Hari Raya Aidiladha yang bermula pada hari Jumaat 25 Ogos hingga Isnin 4 September 2017. Diharapkan semua warga SMAM berada dalam keadaan sihat, ceria dan penuh bersemangat untuk meneruskan lagi agenda pembelajaran kita. Kita juga semakin hampir dengan 3 peperiksaan awam yang akan menjelma tidak lama lagi. Semoga baki masa yang tinggal akan digunakan sebaik mungkin untuk mengulang kaji...
Kembara 1 Malaysia
Program Kembara 1 Malaysia yang disertai oleh ahli kelab 1 Malaysia dari sekolah SMA Maran, SMK Maran dan SMA Maran 2 telah diadakan dalam cuti pertengahan semester 2 iaitu pada hari Rabu 30 Ogos 2017. Pelajar-pelajar akan dibawa ke UTC Kuantan untuk perlaksanaan program ini. Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar SMAM yang terpilih yang diiringi oleh Cikgu Noradillah. TAHNIAH.
Selamat Bercuti dan Selamat Hari Raya AidilAdha
Warga SMAM ingin mengucapkan selamat bercuti dan selamat menyambut Hari Raya Aildiladha yang akan disambut pada Jumaat 1 September 2017. Semoga cuti ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. InsyaALLAH.

