Lawatan Mengejut KPP Khidmat Pengurusan JAIP ke Tapak Kebakaran
Pada hari Jumaat bersamaan 28 Julai 2017, satu lawatan secara mengejut telah dilakukan oleh KPP Khidmat Pengurusan JAIP iaitu saudara Nik Azrul ke SMAM untuk melawat tapak kebakaran dan juga tapak tempat bangunan baru asrama puteri akan didirikan. Beliau hadir dengan diiringi oleh 3 pegawai JAIP yang lain dan sampai ke SMAM hampir pada pukul 5.00 petang. Diharapkan lawatan ini akan mempercepatkan proses pembinaan bangunan asrama yang baru yang terhenti selepas kajian kesesuaian tapak dilakukan oleh Jabatan Geologi Kuantan dahulu.