Perhimpunan Pagi Jumaat 20 September 2019
Perhimpunan pagi Jumaat bermula dari jam 7.20 hingga 8.00 pagi. Ianya dimulakan dengan bacaan 2 surah Al-Quran beramai-ramai. Ucapan disampikan oleh Ustazah Salmiah dan Ustazah Jazlina.
Kursus Pengurusan Warden SMAN 2019
Kursus ini diadakan di SMA Al-Khairiah, Temerloh. SMAM diwakili oleh Ustaz Azrul, Ustazah Aisyah dan Ustazah Azifah(GPK HEM). Ianya bermula dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang.
Seminar Saintis Muslim Muda Peringkat Negeri Pahang
Seminar ini telah diadakan pada harim Khamis 19 September 2019 bertempat di Dewan Dewan Kuliah Utama, Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan, UMP Pekan. Seramai 156 pelajar telah terlibat dari seluruh negeri Pahang. SMAM menghantar 8 wakil dan 1 guru pengiring ke seminar ini. Seminar bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 5.45 petang.
Perhimpunan Pagi Khamis 19 September 2019
Perhimpunan bermula pada jam 7.20 pagi. Ucapan diberikan oleh GPK Pentadbiran, Ustaz Shamsuddin Bin Ali.

