Peperiksaan Mendengar Bahasa Melayu PT3 2019
Peperiksaan mendengar Bahasa Melayu PT3 telah diadakan pada hari ini Isnin 23 September 2019 bermula dari jam 8.00 pagi. Peperiksaan diadakan di Dewan Tun Abd Razak, SMAM. Semoga semua pelajar dapat menjawab dengan baik. InsyaALLAH.
Penyampaian Kupon Lonjakkan Prestasi SPM 2019
Pelajar-pelajar SPM yang menunjukkan peningkatan prestasi dalam peperiksaan percubaan SPM telah dihadiahkan Kupon Lonjakkan Prestasi SPM yang bernilai RM3.50 setiap satunya mengikut jumlah subjek yang meningkat.
Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas dan Asrama Minggu ( 17 - 20 September 2019)
Hadiah dan sijil disampaikan oleh GPK HEM Ustazah Azifah. Pemenang diumumkan oleh guru bertugas minggu lepas, Cikgu Wan Amran.
Perhimpunan Rasmi Isnin 23 September 2019
Perhimpunan pagi Isnin bermula pada jam 7.20 pagi hingga jam 8.10 pagi. Ucapan diberikan oleh guru bertugas minggu lepas (Cikgu Wan Amran), guru bertugas minggu ini (Cikgu Syikin), GPK HEM (Ustazah Azifah), GPK Pentadbiran (Ustaz Shamsuddin) dan Pengetua (Ustaz Shamsuri Bin Shamsudin). Juga diadakan majlis penyampaian hadiah untuk Pertandingan Keceriaan dan kebersihan SMAM dan Anugerah Lonjakkan Prestasi peperiksaan percubaan bagi pelajar-pelajar SPM.

