Selamat Bersara Dato' Timbalan Pengarah JAIP
Warga SMAM mengucapkan selamat bersara kepada Dato' Timbalan Pengarah JAIP yang akan bersara tidak lama lagi Satu majlis "walk about" Timbalan Pengarah telah diadakan pada hari Jumaat 20 September 2019 di Dewan Auditorium, Kompleks Pejabat Agama Islam Daerah Maran dapa jam 2.30 petang. Semoga Dato' akan sentiasa sihat dan ceria di sepanjang tempoh bersara. InsyaALLAH.
Tayangan Video Untuk Pelajar Tingkatan 1 dan 2
Oleh kerana hampir kesemua guru terlibat dengan program di Dewan, maka satu program tayangan video telah dilakukan di Surau ASPURA yang melibatkan semua pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 2 SMAM. Tayangan bermula selepas rehat dari jam 9.30 pagi hingga 12.00 tengahari. Tayangan melibatkan video aktiviti-aktiviti sekolah yang telah dilaksanakan sebelum ini.
Penyerahan Keputusan Peperiksaan PT3, SMA dan SPM serta dialog ibubapa dan guru
Selesai perhimpunan, semua ibubapa yang hadir telah dijemput untuk bersarapan di kantin dan selepas itu sama-sama menunaikan solat hajat di Dewan Tun Abd Razak, SMAM. Selesai solat dan berdoa, pengetua SMAM, Ustaz Shamsuri Bin Shamsuddin telah menyampaikan ucapan ringkas kepada semua pelajar dan ibubapa yang hadir.
Solat hajat Perdana PT3, SMA dan SPM 2019
Selesai perhimpunan, semua ibubapa yang hadir telah dijemput untuk bersrapan di kantin sekolah dan seterusnya bersama-sama menunaikan solat hajat memohon kecemerlangan PT3, SMA dan SPM di Dewan Tun Abd Razak, SMAM. Selesai solat dan doa, pengetua SMAM, Ustaz Shamsuri bin Shamsuddin telah menyampaikan ucapan ringkas di hadapan pelajar-pelajar dan ibubapa yang hadir. Semoga PT3, SMA dan SPM 2019 akan menyaksikan kejayaan yang gilang gemilang. InsyaALLAH.

