Tahniah Saudara Arief
Warga SMAM mengucapkan tahniah kepada Saudara Arief yang merupakan bekas pelajar SMAM yang kini melanjutkan pelajaran ke Al-Kuliyyah untuk mengambil STAM kerana berjaya mendapat band 4 dalam peperiksaan MUET baru-baru ini. Tahniah diucapkan.
Pengurusan Biasiswa 2019
Pelajar-pelajar yang telah ditawarkan biasiswa Yayasan Pahang bagi tahun 2019 telah dikumpulkan di Dewan Tun Abd Razak, SMAM selepas perhimpunan untuk diberikan surat untuk membuka akaun oleh guru biasiswa, Cikgu Asmar.
Perhimpunan Pagi Jumaat 13 September 2019
Perhimpunan pagi Jumaat bermula pada jam 7.20 - 8.10 pagi dengan bacaan Al-Quran beramai-ramai. Ucapan diberikan oleh Ustaz Azrul selaku ketua warden.
Pembentangan Sirah Oleh Kelas 1S
Pembentangan sirah pada hari ini dilakukan oleh 2 wakil kelas 1S iaitu Saudara Firdaus dan Saudari Umairah. Mereka membentangkan mengenai sejarah Imam Maliki. Tahniah atas keberanian mereka.

