Selamat Berjaya kepada semua calon PT3 2019
Warga SMAM mengucapkan selamat berjaya kepada semua calon PT3 yang telah selamat mengambil peperiksaan oral dan mendengar dan akan menghadapi pula pepeiksaan bertulis yang akan bermula pada Isnin 30 september hingga 8 Oktober 2019. Semoga semua calon akan dapat menjawab dengan baik dan beroleh kejayaan yang cemerlang. InsyaALLAH.
Warga SMAM mengucapkan selamat bersara kepada YH Dato' Haji Mohd Ghazali bin Abdul Aziz (Timbalan Pengarah JAIP)
Warga SMAM mengucapkan selamat bersara kepada YH YH Dato' Haji Mohd Ghazali bin Abdul Aziz yang merupakan Timbalan Pengarah JAIP yang telah diraikan dalam majlis Jasamu Dikenang anjuran Jabatan Agama Islam Pahang di Pekan semalam Isnin 23 September 2019. Dalam majlis ini, SMAM telah diwakili oleh Pengetua, Ustaz Shamsuri Bin Shamsuddin dan GPK-GPK. Semoga beliau terus ceria dalam tempoh persaraan beliau. InsyaALLAH.
Peperiksaan Mendengar bahasa Inggeris PT3 2019
Peperiksaan mendengar Bahasa Inggeris diadakan di Dewan Tun Abd Razak, SMAM dari jam 9.00 pagi hingga 9.40 pagi. Ianya dikendalikan oleh Cikgu Nor Adillah dan Cikgu Syaima. Semoga semua berjaya dengan cemerlang insyaALLAH.
Perhimpunan Pagi Selasa 24 September 2019
Perhimpunan pagi Selasa 24 September 2019 bermula pada jam 7.15 pagi. Ianya dimulakan dengan nyanyian Asma Ul-Husna beramai-ramai dan diikuti dengan bacaan Al-Quran Surah Al-Fatir dengan diketuai oleh Saudara Salahuddin. Seterusnya ucapan diberikan oleh guru bertugas minggu ini, Cikgu Norashikin. Perhimpunan bersurai pada jam 7.40 pagi.

