Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Tag: "SMAM"

Papar Artikel

PROGRAM MOTIVASI TINGKATAN 3, 4 DAN 5 SMAM

      Alhamdulillah, satu program motivasi untuk pelajar PT3, SMA dan SPM telah berjaya dijalankan pada 24 Ogos 2017 di Dewan Tun Abd Razak SMAM. Program ini bertujuan untuk meningkatkan motivasi pelajar-pelajar tingkatan 3 - 5 yang akan menghadapi peperiksaan awam PT3, SMA dan SPM tidak lama lagi. Program ini bermula seawal pukul 8.00 malam dan berakhir pada pukul 11.00 malam. Tahniah dan terimakasih kepada semua pelajar dan guru yang terlibat.

Tag: motivasi SMAM 2017

Papar Artikel

UJIAN MENDENGAR BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS PT3 2017

    Ujian mendengar untuk subjek Bahasa Inggeris dan Bahasa Melatyu PT3 2017 telah bermula pada 22 Ogos 2017 dengan dimulai oleh subjek Bahasa Melayu di Dewan Tun Abd Razak. Manakala untuk Bahasa Inggeris pula ujian akan dilaksanakan pada 23 Ogos 2017 di tempat yang sama. Ujian adalah serentak di seluruh negara. Sesi latihan menjawab dan mendengar telah dilaksanakan pada 21 Ogos untuk Bahasa Melayu dan 22 Ogos untuk Bahasa Inggeris. Semoga pelajar-pelajar SMAM akan berjaya dengan...

Tag: ujian mendengar listening test SMAM pt3

Papar Artikel

Tuisyen Rakyat 2017

     Alhamdulillah, pelajar-pelajar SMAM ada yang terpilih untuk menyertai program Tuisyen Rakyat yang diadakan untuk pelajar-pelajar SPM Maran. Program ini adalah dibawah anjuran Parlimen Maran yang melibatkan siri tuisyen subjek-sebjek teras SPM seperti Bahasa Melayu, Sejarah dan Bahasa Inggeris. Ianya diadakan setiap hari Sabtu mengikut jadual yang telah ditetapkan. Tahniah kepada pelajar-pelajar SMAM yang terpilih dan terimakasih kepada Parlimen Maran atas kesudian pihak...

Tag: tuisyen rakyat SMAM 2017

Papar Artikel

Peperiksaan Percubaan SPM 2017

   Peperiksaan percubaan SPM 2017 telah bermula pada hari Jumaat 4 Ogos 2017 di Dewan Tun Abd Razak,SMAM. Peperiksaan dimulakan dengan kertas Sejarah 3 yang bermula seawal 7.40 dan berakhir pada 10.40 pagi. Semoga pelajar-pelajar SMAM akan berjaya menjawab semua kertas peperiksaan dengan cemerlang. Selamat berjaya.

Tag: percubaan spm 2017 SMAM