Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Tag: "SMAM"

Papar Artikel

Seminar Perubatan Islam

    Alhamdulillah pada hari Jumaat 10 November 2017, satu seminar ringkas  perubatan Islam yang bertajuk konsep pengubatanIslam menggunakan Ruqyah Ayat 33 telah disampaikan oleh Al-Faqir Ilallah Ustaz Muna Bin Hamzan Al-Kelantani kepada semua warga SMAM bertempat di Dewan Tun Abd Razak. Program ini juga merupakan salah satu aktiviti selepas peperiksaan akhir tahun Tingkatan 1-3. Alhamdulillah pelajar dan guru menunjukkan minat yang tinggi di sepanjang program berjalan.

Tag: perubatan islam SMAM ruqyah ayat 33 2017

Papar Artikel

Majlis Restu Ilmu SPM 2017

    Alhamdulillah, majlis restu ilmu untuk calon-calon SPM telah berjaya dilaksanakan pada hari Jumaat 3 November 2017 di Makmal Komputer SMAM. Majlis bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 10.00 pagi. Diharapkan dan didoakan kejayaan kepada semua calon-calon SPM yang akan menghadapi peperiksaan bermula dari Isnin ini (6 November 2017) dan akan berakhir pada 28 November 2017. Semoga cemerlang SPM 2017.

Tag: spm SMAM 2017

Papar Artikel

SMA Sudah Berakhir

  Peperiksaan SMA 2017 telah tamat pada hari Jumaat 3 November 2017. Diharapkan semua pelajar akan cemerlang dalam peperiksaan tersebut. Selepas ini, pelajar-pelajar ini akan menghadapi pula peperiksaan akhir tahun akademik yang akan bermula pada 13 November 2017. Didoakan agar kejayaan mengiringi mereka. aameeen.

Tag: SMA SMAM 2017