Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Tag: "SMAM"

Papar Artikel

Seminar Sifar Gagal SMA 2017 SMAM

    Alhamdulillah satu sesi seminar sifar gagal untuk SMA telah diadakan di dewan Tun Abd Razak SMAM bermula dari 18 September hingga 20 September 2017. Seminar ini bertujuan untuk memastikan semua pelajar tingkatan SMAM yang bakal mengambil SMA akan lulus 100%. Program telah diselaraskan oleh SU SMA iaitu Ustaz Farek. Sesi telah dibahagikan mengikut subjek SMA dan dijalankan oleh guru-guru subjek.

Tag: SMA SMAM 2017

Papar Artikel

Selamat Kembali Ke SMAM

  Selamat kembali semula ke SMAM selepas bercuti selama 10 hari sempena cuti pertengahan semester 2 dan Hari Raya Aidiladha yang bermula pada hari Jumaat 25 Ogos hingga Isnin 4 September 2017. Diharapkan semua warga SMAM berada dalam keadaan sihat, ceria dan penuh bersemangat untuk meneruskan lagi agenda pembelajaran kita. Kita juga semakin hampir dengan 3 peperiksaan awam yang akan menjelma tidak lama lagi. Semoga baki masa yang tinggal akan digunakan sebaik mungkin untuk mengulang kaji...

Tag: kembali SMAM semester 2 spm.pt3 SMA

Papar Artikel

Kembara 1 Malaysia

   Program Kembara 1 Malaysia yang disertai oleh ahli kelab 1 Malaysia dari sekolah SMA Maran, SMK Maran dan SMA Maran 2 telah diadakan dalam cuti pertengahan semester 2 iaitu pada hari Rabu 30 Ogos 2017. Pelajar-pelajar akan dibawa ke UTC Kuantan untuk perlaksanaan program ini. Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar SMAM yang terpilih yang diiringi oleh Cikgu Noradillah. TAHNIAH. 

Tag: kembara 1 malaysia SMAM utc kuantan