Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Tag: "SMAM"

Papar Artikel

Sumbangan Bencana Kebakaran SMAM

      Alhamdulillah pada hari Khamis 20 Julai 2017, Alumni Kuliyyah dan UMP telah sudi menyampaikan sumbangan kepada tabung bencana kebakaran SMAM. Sumbangan telah disampaikan oleh Ustaz Hilmi Bin Mat Said dan diterima oleh GPK HEM SMAM. Terimakasih kami ucapkan kepada Alumni Kuliyyah dan UMP. Semoga ALLAH memberikan balasan yang istimewa untuk anda semua. Amiin.

Tag: sumbangan alumni kuliyyah dan UMP SMAM

Papar Artikel

Aktiviti Ko-Kurikulum Rabu

    Sebagaimana setiap hari Rabu, pada 19 Julai 2017, hari kokurikulum diteruskan di SMAM dengan giliran Persatuan beruniform. Pasukan beruniform SMAM dibahagikan kepada 4 pasukan iaitu, kadet bomba, kadet polis, persatuan bulan sabit merah dan puteri Islam. Aktiviti bermula dari pukul 3.30 petang dan berakhir pada jam 4.30 petang. Terimakasih kepada semua warga SMAM yang menjayakan aktiviti ini. Tahniah.

Tag: koko SMAM rabu

Papar Artikel

Taklimat SUHAKAM

     Pada 17 Julai 2017, seramai 5 orang warga SMAM telah dijemput untuk menghadiri taklimat SUHAKAM di hotel Angkasa Royal, Pekan iaitu Ustaz Redho, Cikgu Abdullah, Encik Mohd Noh, Encik Nizam dan Encik Rashidee . Taklimat ini adalah bertujuan untuk mendedahkan hak-hak asasi setiap pekerja awam. Adalah diharapkan pengetahuan yang diperolehi dalam sesi ini boleh digunakan untuk memajukan lagi struktur pentadbiran SMAM. InsyaAllah.

Tag: suhakam SMAM warga smam

Papar Artikel

TAKZIAH

    Takziah diucapkan kepada keluarga pelajar SMAM Muhammad Firdaus Bin Mohd Zamri (pelajar kelas 3M 2017) yang meninggal dunia dalam satu kemalangan antara motosikal yang dipandunya dan sebuah lori di Lebuhraya Pantai Timur berdekatan dengan jambatan exit ke kg awah/chenor. Kemalangan berlaku petang semalam ( 15 Julai 2017) dan jenazah telah selamat dikebumikan pada pukul 10 malamnya di tanah perkuburan kampung Senggora. Semoga rohnya berada di dalam rahmat, kasih sayang dan...

Tag: takziah kemalangan al-fatihah SMAM