Musim Peperiksaan Awam
Musim peperiksaan awam telah bermula dengan peperiksaan PT3 yang telah bermula pada 9 Oktober 2017 dan berakhir pada 12 Oktober 2017. Seterusnya disambung pula pada 13 Oktober oleh peperiksaan Sijil Menengah Agama dan akan berakhir pada 3 November 2017. Selepas itu SPM akan bermula pada 6 November 2017 dan akan berakhir pada 28 November 2017. Warga SMAM mengucapkan selamat berjaya kepada semua calon yang telah,sedang dan akan menghadapi peperiksaan awam ini. Tak lupa juga diucapkan selamat berjaya kepada pelajar-pelajar yang akan menghadapai peperiksaan akhir tahun 2017. Semoga ALLAH akan memberikan kejayaan gilang gemilang kepada anak-anak pelajar semua. InsyaALLAH.